Monday, July 22, 2013

Ibu anak sihat , Ayah jimat....Khasiat susu ibu

Dipetik dari Panduan Cashflow oleh Suzardi M {Pakdi} - terima kasih di atas tulisan tuan.
 
Saya dibesarkan dalam suasana budaya susu ibu.
Masa kecil disusukan. Apabila sudah dewasa, memperhatikan kakak dan kakak ipar setelah melahirkan anak, mereka pun menyusukan badan kepada anak-anak walaupun barangkali tidak secara eksklusif. Justeru, konsep susu ibu bukan sesuatu yang asing.
Selalunya kita selalu membaca dan diberitahu khasiat dan faedah susu ibu ini untuk si ibu dan si anak sahaja, tetapi jarang diberitahu kebaikannya untuk kaum bapa. Seperti khasiat dan faedah untuk si ibu ini :
1. Senang untuk berjalan ke mana-mana, tidak perlu bawak set bakul susu. Pernah kita dengar wanita komplen tertinggal payudara?
2. Si ibu tidak kena suruh oleh si bapa untuk bangun tengah malam bancuh susu. Hehe.
3. Badan lebih mudah kembali langsing tanpa perlu masuk program pelangsingan badan.
4. Payudara jadi lebih seksi. Wow! Memang tak perlu letak silikon, sapu ubat dan sebagainya.
5. Dapat "bercuti" secara semulajadi dari proses kehamilan seterusnya, maklumlah, kaum bapa ni ... bukan boleh puasa lama sangat.
6. Mengurangkan risiko kanser.
Manakala, antara khasiat dan faedah untuk si anak:
1. Susu awal (kolustrum) ibu adalah sumber antibodi terbaik untuk anak manusia dan bukan susu awal lembu yang sepatutnya diminum oleh anak lembu.
2. Anak lebih sihat sebab susu ibu bersih dari bakteria merbahaya.
3. Anak kita lebih sihat sebab susu ibu sendiri lebih lengkap untuk keperluan si anak dari susu ibu lembu, susu ibu kambing, susu ibu kuda.
4. Sekiranya bayi menghidap demam kuning, sakit kuningnya akan lebih cepat sembuh.
5. Bayi jarang kembung sebab dia minum mengikut keperluan susu yang secukupnya. Kita perlu tahu perut bayi hanya sebesar guli pada hari pertama dia lahir.
6. Anak lebih pandai.
Dan sudah tentu lah, kasih sayang antara ibu dan anak terjalin lebih erat berbanding kasih sayang yang bibik / pembantu di rumah berikan kepada si anak sewaktu ibu dan bapa pergi kerja.
Kesian kaum bapa. Apa yang kaum bapa dapat ?
Jangan risau.
Kaum bapa seharusnya sama-sama ke hadapan untuk menggalakkan penyusuan susu ibu secara eksklusif terhadap semua anak-anak kerana kita dapat menjimatkan banyak wang.
Ya. Kita menjimatkan lebih banyak wang dan seterusnya merancang kewangan dengan lebih efektif apabila isteri kita menyusukan anak secara eksklusif.
Penjimatan # 1 Kos susu tepung
Barangkali dalam seminggu kos susu anak mencecah RM 50 seminggu, maka penjimatan setiap bulan adalah sebanyak RM 200. Ada di antara anak kita pula mempunyai alahan tertentu dan hanya boleh minum susu mahal sahaja.
Cuba tuan-tuan kira berapa kos membeli susu untuk anak-anak dalam sebulan?
Penjimatan # 2 Anak Lebih Sihat
Khasiat semulajadi susu ibu yang Allah swt beri ini menjadikan anak kita lebih sihat kerana mendapat antibodi yang paling sesuai. Ini secara tidak langsung menjimatkan bakal perbelanjaan keluar dan masuk klinik setiap bulan. Anak-anak pun tidak memerlukan makanan tambahan seawal usia sebegini.
Cuba kita kira penjimatan dari 'lawatan ke klinik', pembelian ubat dan vitamin, krim alahan dan seterusnya.
Penjimatan # 3 Isteri Lebih Cun tanpa Perlu ke Slimming Class
Sudah tentu kita tidak perlu bagi subsidi atau separa subsidi kepada isteri kita yang mahu menyertai kelas-kelas senaman dan program melangsingkan badan selepas bersalin kerana penyusuan susu ibu sahaja menghabiskan kira-kira 500 kalori sehari. Bapa-bapa kena ingat, kalau kita tak beri subsidi maka apabila isteri sudah tidak ngetop, kita janganlah pula tahu komen pula. (Kaum ibu sokong tak ?)
Cuba kira berapa kos yang telah dijimatkan.
Meningkatkan Kualiti Hidup Keluarga
Setelah berjaya menjimatkan wang dari perbelanjaan di atas, maka duit tersebut bukanlah dijadikan modal berseronok pula. Berikut adalah perkara berfaedah yang bapa perlu buat:
1. Berterima kasih kepada isteri
Berdasarkan ayat Quran dari Surah Baqarah, ayat 233 yang bermaksud:
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya ...
2. Memulakan Tabungan Untuk Si Kecil
Seterusnya duit-duit yang berjaya dijimatkan itu tadi dapat digunakan untuk tabungan si kecil. Sekiranya kita berjaya menjimatkan RM 200 sebulan untuk tempoh 12 bulan misalnya maka anak kecil kita sudah mempunyai simpanan sebanyak RM 2,400 dalam akaun mereka.
3. Simpan Simpan dan Simpan
Selain dari itu hasil penjimatan itu dapat kita gunakan dalam simpanan kita sedia ada sehinggalah simpanan itu cukup untuk kita mulakan pelaburan secara serius.
Sokongan Kepada Penyusuan Susu Ibu
Sebagai bapa, kita kena tahu memberikan sokongan kepada ibu-ibu dalam hal ini. Masyarakat kita seolah-olah diajar susu lembu lebih baik dari susu ibu untuk anak-anak kecil. Sedangkan semua pihak dalam keluarga mendapat manfaat hasil dari amalan penyusuan susu ibu ini.
Maka marilah kita kembali kepada apa yang disarankan dalam al-Quran dan Nabi saw sendiri walaupun datuknya punya cukup duit untuk membeli unta dan kambing, Baginda tetap mempunyai keluarga susuan!
 

Sunday, July 21, 2013

Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan

Salam Ramadan, salam kasih sayang, semoga semuanya sentiasa di rahmati Allah.Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda           menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.


* Berat molekul diukur dalam unit Dalton


 
Aiza 019 6536224 atau email aiza0311@gmail.com

Friday, July 12, 2013

ESP - Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar

Salam kasih sayang semua, semoga semua sentiasa  dalam lindungan Allah dan dipermudahkan segala urusan. Tak lama lagi dah  nak masuk bulan Ramadan. Kepada sesiapa yang masih belum ganti puasa tu, sekarang adalah masa yang terbaik.  Pengambilan ESP semasa bersahur membantu anda menahan rasa lapar.
 
Shaklee ESP:
• Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
• Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
• Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada
keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian
menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
• Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.
 
 
ESP - Soy Protein Isolate Powder  

Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



SMS/Whatsapp Aiza 0196536224

Tuesday, July 2, 2013

Set Subur Suami Isteri

Salam kasih sayang buat semua, semoga semuanya sentiasa mendapat rahmat dariNya. Saya nak kongsikan vitamin-vitamin yang sesuai diambil bagi bakal-bakal pasangan yang ingin mendapatkan zuriat. 
 
 
 
 
Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:
Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya manusia itu menyaksikan orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka Jahannam Dalam Keadaan Hina Dina
 
SMS/Whatapps Aiza 0196536224 SID 907642
 

 


Monday, July 1, 2013

Set Kesihatan Wanita

 
Salam kasih sayang buat semua, semoga semuanya sentiasa mendapat rahmat dariNya.
 
OsteMatrix™

Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas. Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.

Lebih daripada Sekadar Kalsium

OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

GLA Complex

Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *

Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

1Fann YY, Chapkins RS.Importance of dietary gamma-linolenic acid in human health and nutrition. Journal of Nutrition. 7998;128:1411-1414

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Tidak digalakkan bagi perempuan mengandung.



OmegaGuard™

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuardTM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.