Saturday, September 7, 2013

Healthy Circulatory Set

Masalah jantung merupakan punca utama kematian di Malaysia juga global.Biasanya tiada simpton bagi penyakit ini. Ia membunuh secara senyap.Serangan jantung atau strok yang pertama mungkin menjadi terakhir.

Set Healthy Circulatory (1. Omegaguard 2. Alfalfa Complex 3. Garlic 4. Vita-E Complex 5. Lecithin 6. ESP Soy Protein Isolate Powder) dibawa khas membekalkan nutrien yang penting dalam mengekalkan jantung yang kuat dan sihat.

Kebaikan:
  • Membantu melancarkan peredaran darah
  • Mengekalkan kesihatan secara menyeluruh
    Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

    Shaklee OmegaGuard
    TM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuardTM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

    
    Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil
    Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi

    Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.
    • Sumber semulajadi alfalfa.
    • Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air
    sebagai minuman herba semulajadi.

    Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

    Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan

    Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.

    Setiap kapsul gel lembut memberikan:
    • 400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
    • Membantu dalam memelihara kesihatan baik.

    Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan

    Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.

    Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin.

    Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

    Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah. Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan. Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik. *

    Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih.

    Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

    Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.

    Shaklee ESP:
    • Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
    rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
    • Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
    • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada
    keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian
    menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
    kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
    • Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
    Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
    di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
    proses menanam hinggalah saat pemprosesannya


    Hubungi Aiza 019 6536224 atau email aiza0311@gmail.com

No comments:

Post a Comment