Monday, September 1, 2014

Hijrah itu pengorbanan, Hijrah itu perjuangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria,bahagia dan sentiasa mendapat rahmat dari-Nya.

Tajuk entri kali ini macam hendak sambut awal muharam, Tapi baru masuk bulan Zulkaedah. Lepas tu Zulhijjah. Lama lagi tu. Sebenarnya hendak bagi tau yang unit saya akan  berpindah dari bangi ke KL(tengah bandar) bermula besok 2 September bersamaan 7 Zulkaedah . Bila sebut tengah bandar terpikirlah jem, sibuk, hiruk- pikuk,stress.

Apa-apa pun anggaplah ia satu penghijrahan. Dimana hijrah adalah satu pengorbanan untuk membawa perubahan. Tidak ada perubahan yang tidak memerlukan pengorbanan. Perubahan adalah suatu tuntutan hidup. Berubah dari suatu yang buruk kepada yang baik, dari yang baik kepada yang terbaik. Setiap orang Islam mesti ada semangat dan cita-cita untuk berubah. Berubah dari segala sifat yang mazmumah kepada mahmudah. Oleh itu Allah mewajibkan manusia membaca al-Fatihah di setiap kali hamba-Nya. Dalam al-Fatihah terkandung ayat yang bermaksud: Ya Allah Tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus.
Persoalannya bagaimanakah jalan yang lurus itu akan kita perolehi kalau kita tidak lakukan perubahan dan berkorban? Di atas dunia ini apabila manusia ingin membina lebuhraya yang baik dan selesa kita mesti melakukan pemotongan, pembetulan, potong sana dan gali sini, luruskan mana yang bengkok, timbun mana yang berlubang dan sebagainya.

Inikan pula kita hendak mendapat jalan yang lurus untuk dunia dan akhirat. Sudah tentulah banyak pengubahan dan pengorbanan yang diperlukan. Oleh sebab itu Islam mengajar kita melakukan alamru bil ma'ruf wannahyu anilmunkar.
 
Begitu juga dalam bisnes, kita perlu banyak berkorban, berjuang bagi mencapai matlamat utama.


Semoga semua itu ada hikmatNya.  Penghijrahan yang membawa sinar.


Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Aiza:
H/P no: 0196536224
ID Shaklee: 907642
Mahu menjadi JUTAWAN DUNIA AKHIRAT. REALISASIKAN IMPIAN ANDA.
JOM MULAKAN, ANDA TIDAK PERNAH TERLAMBAT!

No comments:

Post a Comment