Saturday, September 27, 2014

Segarkan diri dengan Cinch Tea

Hari-hari bawak kereta berjam-jam, pastu duduk dalam air-cond pun berjam-jam. Balik rumah badan dah 'lemau'. Tak boleh jadi, kerja rumah banyak lagi nak buat ni. 
 
 Segarnya dapat segelas Cinch Tea.
 

Boleh dah sambung kerja rumah pulak. Masak, bagi keluarga makan, kemas dapur , basuh kain, sidai kain,lipat kain, tolong anak buat homework, siap barang anak pegi transit esok. Ehh,, masih segar lagi. Sambung update blog la pulak.

Jangan lewat-lewat sangat tidur. Esok kena bangun awal. Yezzaaa.


Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Aiza:
H/P no: 0196536224
ID Shaklee: 907642

Mahu menjadi JUTAWAN DUNIA AKHIRAT. REALISASIKAN IMPIAN ANDA.
JOM MULAKAN, ANDA TIDAK PERNAH TERLAMBAT!


Risau anak tak mahu makan?

Anak tak mahu makan memang merungsingkan ibu bapa. Bila dia tak makan badan menjadi lemah.Mula la merengek. Meal Shake sangat membantu.Lagi pun dia kaya dengan 28 jenis vitamin dan mineral.

Rasanya yang sangat lazat pasti digemari oleh kanak-kanak.
  • Sarapan segera penuh berkhasiat
  • Sajian yang lazat, murah dan cepat disediakan
  • Makanan segera untuk dinikmati oleh semua
  • Snek yang sungguh sedap dan boleh diambil pada bila-bila masa
  • Sajian ideal yang rendah kolesterol, lemak dan natrium
Shaklee Meal Shake merupakan sumber protein yang lengkap dengan penambahan vitamin dan mineral. Ia membekalkan sembilan asid amino dalam nisbah yang seimbang untuk kesejahteraan tubuh anda dan amat diperlukan dala
Di samping itu, Meal Shakes Shaklee juga mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein, termasuk asid amino perlu dan tidak perlu.


Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Aiza:
H/P no: 0196536224
ID Shaklee: 907642

Mahu menjadi JUTAWAN DUNIA AKHIRAT. REALISASIKAN IMPIAN ANDA.
JOM MULAKAN, ANDA TIDAK PERNAH TERLAMBAT!

Surat Cinta

Mukjizat al-Quran berbeza dengan mukjizat Rasulullah s.a.w lain kerana al-Quran tetap kekal dan boleh dilihat ke hari ini. Di dalamnya terkandung pelbagai hikmah kebenaran.




Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Aiza:
H/P no: 0196536224
ID Shaklee: 907642

Mahu menjadi JUTAWAN DUNIA AKHIRAT. REALISASIKAN IMPIAN ANDA.
JOM MULAKAN, ANDA TIDAK PERNAH TERLAMBAT!

Vita-Lea - memenuhi keperluan vitamin dan mineral penting

Sains terbaik Shaklee menghasilkan salah satu suplemen yang paling komprehensif dan seimbang yang mampu anda miliki. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan terhadap 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Apabila Diambil Setiap Hari, Vita-Lea:
  • Membantu mengekalkan kesihatan yang sempurna*
  • Mengandungi beta karotena yang bermanfaat untuk menggalakkan pertumbuhan, memelihara penglihatan dan menjanakan semula tisu.
  • Membekalkan kalsium, fosforus serta vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi
  • Biotin dan asid pantotenik menyokong metabolisme lemak dan karbohidrat
  • Vitamin B12 merangsang pembentukan sel-sel darah merah*
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosussistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini.
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Aiza:
H/P no: 0196536224
ID Shaklee: 907642

Mahu menjadi JUTAWAN DUNIA AKHIRAT. REALISASIKAN IMPIAN ANDA.
JOM MULAKAN, ANDA TIDAK PERNAH TERLAMBAT!

Vivix mengawal paras gula dalam darah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar anda semua? Saya doakan anda semua sihat, ceria,bahagia dan sentiasa mendapat rahmat dari-Nya.

Baru sahaja baca artikel di harian metro yang mengatakan, dianggarkan 200 juta penduduk di Asia Pasifik termasuk China, Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam menghidap kencing manis.

Kira-kira 60 hingga 70 peratus daripadanya mengalami beberapa jenis kerosakan saraf yang menyebabkan kesakitan manakala seorang daripada empat penghidap kencing manis mengalami sakit saraf diabetes.

Lebih buruk selain rasa sakit, kerosakan saraf ini juga menyebabkan pesakit kehilangan deria rasa pada kaki dan tangan yang pada mulanya ditandai dengan gejala kebas pada kedua-dua anggota. Lama-kelamaan pesakit tidak lagi merasai kesakitan terutama sekira­nya kaki dan tangan mereka luka.

“Keadaan ini menjadi lebih serius apabila jangkitan kuman mula berlaku. Dalam kes yang teruk, jangkitan yang tidak dirawat boleh menyebabkan kaki dan ta­ngan terpaksa dipotong. Inilah sebabnya pemeriksaan kaki dan tangan sangat penting bagi pesakit diabetes dan mengapa doktor meminta untuk melihat kaki pesakit setiap kali menjalani rawatan,” katanya.

Secara umum, terdapat dua jenis kesakitan saraf iaitu akibat diabetes berpunca daripada saraf rosak serta kesakitan otot berpunca daripada kecederaan atau radang yang kesakitannya akan cenderung hilang dari semasa ke semasa.

Sebagai pesakit, penting untuk memahami gejala yang anda alami supaya dapat menerangkannya kepada doktor. Sakit saraf adalah hasil daripada kerosakan saraf yang disebabkan kencing manis dan bukan akibat penuaan, berat badan atau keadaan lain.


Bagi mengetahui seseorang itu mengalami sakit saraf diabetes atau sebaliknya, jalani pemeriksaan atau ujian bagi menentukan punca kesakitan dengan cara:

• Menilai tanda pada pesakit selepas membuat pemeriksaan fizikal. Doktor boleh menyemak tekanan darah, kadar degupan jantung, kekuatan otot, tindak balas dan sensitiviti terhadap sentuhan, suhu dan getaran.

• Melakukan peperiksaan kaki secara menyeluruh iaitu menilai kulit, otot, tulang, peredaran darah dan deria rasa pada kaki.

• Menjalani ujian monofilament membabitkan sentuhan pada kaki dengan sehelai nilon (sejenis benang) bagi menguji kepekaan dan menentukan sejauh mana kerosakan saraf pada pesakit.


Oleh itu sangat penting untuk kita  mengawal kandungan gula dalam darah menerusi penjagaan pemakanan.



 




 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Aiza:
H/P no: 0196536224
ID Shaklee: 907642

Friday, September 19, 2014

KPI oh KPI

Bagaimana KPI kita dengan Bos Yang Maha Kuasa. Adakah kita on time, ahead of time atau ahead of time with value added.  Nilai-nilaikanlah. Bonus yang hebat sedang menanti.
 

Tuesday, September 16, 2014

Bagaimana hendak mendapatkan keperluan kalsium harian yang terbaik

Jawapannya ostematrix.Lihat persamaan berikut:



Shaklee Ostematrix
  1. Membantu menguatkan tulang
  2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
  3. Meringankan stres
  4. Memperbaiki masalah haid
  5. pengalkalian tubuh
  6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik
  7. Mengandungi Vitamin D dan magnesium untuk meningkatkan penyerapan kalsium


Tulang adalah struktur penting dalam tubuh manusia. Ia membina kerangka tubuh, menyokong berat badan serta melindungi organ-organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan buah pinggang; selain membolehkan kita menggerakkan otot dan tubuh dengan bebas. Mengekalkan kesihatan tulang yang optimum adalah amat penting untuk mengecapi kesihatan keseluruhan yang sempurna.
Bukan Sekadar Kalsium
OsteMatrix membekalkan nutrien harian, termasuk kalsium yang penting dalam pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tubuh. Ditampilkan dalam bentuk kaplet kecil bersalut yang mudah ditelan.
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Aiza:
H/P no: 0196536224
ID Shaklee: 907642

Mahu menjadi JUTAWAN DUNIA AKHIRAT. REALISASIKAN IMPIAN ANDA.
JOM MULAKAN, ANDA TIDAK PERNAH TERLAMBAT!

Monday, September 15, 2014

Bunga Kertas : Bougainvillea

Suka sangat tengok bunga kertas atau Bougainvillea yang berbagai-bagai warna. Lagipun pokok bunga ini senang nak jaga. Letak tengah panas pun tak apa.






Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Aiza:
H/P no: 0196536224
ID Shaklee: 907642

Mahu menjadi JUTAWAN DUNIA AKHIRAT. REALISASIKAN IMPIAN ANDA.
JOM MULAKAN, ANDA TIDAK PERNAH TERLAMBAT!

Ikan baik untuk jantung

Di antara punca kenapa amat susah menurunkan paras kolesterol adalah kesilapan dalam pemilihan makanan seperti makan makanan tinggi karbohidrat, gula berlebihan, lemak tepu, makanan tinggi dengan ‘asid lemak trans’ dan makanan proses selain kurang aktiviti fizikal.

Hakikatnya jika makan punca kolesterol tinggi, maka cara terbaik untuk mengawal paras kolesterol ialah dengan makan makanan yang boleh menurunkan paras kolesterol. Terdapat banyak kajian sains dilaporkan dalam jurnal perubatan yang membuktikan pemakanan ikan boleh membantu menurunkan paras kolesterol darah.
 
Oleh kerana bukti saintifik semakin banyak dikumpulkan, maka FDA di Amerika Syarikat mengesahkan bahawa kesan Omega 3 (EPA dan DHA) mampu menurunkan risiko sakit jantung koronari. Ia juga membenarkan pengilang dan pengedar yang menghasilkan makanan dan suplemen mengiklankan bahawa produk yang mengandungi Omega 3 boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari dan menurunkan paras kolesterol darah.

Makanlah ikan setiap hari untuk kesihatan jantung dan menurunkan paras kolesterol darah. Semua jenis ikan mengandungi kandungan Omega 3 yang tinggi berbanding makanan lain.

 Jika anda tidak mahu makan ikan setiap hari, maka pengambilan suplemen Omega 3 juga membantu menurunkan paras kolesterol.
 
 


Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Aiza:
H/P no: 0196536224
ID Shaklee: 907642

Mahu menjadi JUTAWAN DUNIA AKHIRAT. REALISASIKAN IMPIAN ANDA.
JOM MULAKAN, ANDA TIDAK PERNAH TERLAMBAT!

Sunday, September 14, 2014

Bahaya menghadap komputer terlalu lama

 
Seseorang yang terlalu lama menghadap komputer boleh menghadapi penyakit pembekuan darah yang teruk ­khususnya di bahagian betis yang dikenali sebagai Ethrombosis.
 
Masalah pembekuan darah biasanya terbentuk apabila seseorang itu duduk terlalu lama.

Ia terbentuk pada pembuluh darah yang kemudiannya pecah dan merebak ke paru-paru.

Keadaan ini berpotensi untuk membentuk pembekuan darah pada pembuluh atau jantung yang berbahaya (DVT).

DVT berlaku apabila aliran darah terhalang dalam pembuluh dan membentuk pembekuan.

Ia juga berlaku disebabkan pengaliran darah yang bermasalah seperti penyakit jantung, berhadapan dengan serangan berkaitan jantung atau rehat yang panjang.

Bagi mengelakkan daripada diserang penyakit Ethrombosis, seseorang itu hendaklah berehat ­sekejap ketika menggunakan komputer dan ­melakukan sedikit senaman
 
 
Jom rehat sebentar sambil regangkan otot:
 





Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Aiza:
H/P no: 0196536224
ID Shaklee: 907642

Mahu menjadi JUTAWAN DUNIA AKHIRAT. REALISASIKAN IMPIAN ANDA.
JOM MULAKAN, ANDA TIDAK PERNAH TERLAMBAT!

Vivix antara produk shaklee yang terhebat

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar anda semua? Saya doakan anda semua sihat, ceria,bahagia dan sentiasa mendapat rahmat dari-Nya. Hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua kebaikan vivix.
Vivix® mengandungi ramuan botani Shaklee yang tersendiri iaitu Polygonum Cuspidatum, anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol ialah kumpulan fitokimia berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan kebaikan antioksidan dan berkesan melambatkan penuaaan sel.
* Serba asli. Bakal dipatenkan. Kandungan utama telah diuji secara klinikal. Eksklusif untuk Shaklee


 






 
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Aiza:
H/P no: 0196536224
ID Shaklee: 907642

Mahu menjadi JUTAWAN DUNIA AKHIRAT. REALISASIKAN IMPIAN ANDA.
JOM MULAKAN, ANDA TIDAK PERNAH TERLAMBAT!

Penjagaan berat badan



 Bertindak pantas untuk memberikan rangsangan tenaga semula jadi di samping meningkatkan kesihatan keseluruhan.
  • Rangsangan tenaga secara semula jadi dan selamat
  • Sedap diminum, sama ada panas atau sejuk
  • Alternatif terbaik kepada snek manis dan kopi
  • Cepat bertindak untuk meningkatkan tenaga
  • Bungkusan berbentuk ‘stick’ yang mudah bagi setiap sajian
Tiada perisa, pewarna dan pemanis tiruan.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Kekalkan kepejalan otot dan pastikan anda sentiasa kenyang dan selesa dengan Cinch® Shake Mix yang sungguh lazat dan berkhasiat tatkala anda menurunkan berat badan.
  • Padat dengan protein agar anda sentiasa berasa kenyang dan selesa
  • Tinggi serat, iaitu enam gram bagi setiap sajian
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.




Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Aiza:
H/P no: 0196536224
ID Shaklee: 907642

Mahu menjadi JUTAWAN DUNIA AKHIRAT. REALISASIKAN IMPIAN ANDA.
JOM MULAKAN, ANDA TIDAK PERNAH TERLAMBAT!

Saturday, September 13, 2014

20 Amalan Murah Rezeki

1. Menyempatkan diri beribadah
 Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)

2. Memperbanyak istighfar
 Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
 Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:

“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
 Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
 Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
 Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
 Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
 Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
 Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
 Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
 Nabi s.a.w. bersabda:

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
 Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:

“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
 Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
 Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha
 Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
 Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)
Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
 Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
 Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
 Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
 Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:

“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:

“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

dipetik dari http://myibrah.com/


Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Aiza:
H/P no: 0196536224
ID Shaklee: 907642

Mahu menjadi JUTAWAN DUNIA AKHIRAT. REALISASIKAN IMPIAN ANDA.
JOM MULAKAN, ANDA TIDAK PERNAH TERLAMBAT!

Untuk kulit yang tampil lebih muda dan lebih sihat

KOLAGEN adalah rangkaian protein yang merangkumi seluruh tubuh. Pengambilan kolagen merupakan pengganti kepada suntikan dalam mendapatkan wajah dan bentuk badan idaman.
 
Ini kerana kolagen merupakan protein yang paling banyak di dalam badan manusia dan merangkumi 85 peratus daripada kulit, otot dan tisu penyambung manusia.
 
Apabila usia semakin meningkat, paras kolagen semula jadi akan susut dan pada usia selepas 25 tahun, paras kolagen susut pada kadar 1.5 peratus setiap tahun.
Pada usia 40 tahun pula, badan semakin kurang menghasilkan kolagen menyebabkan timbul garis muka, kedut, kulit kendur, kulit kering, wajah kusam tidak bermaya, pigmentasi, kemerosotan penglihatan dan mengakibatkan kerosakan pada sendi, rawan dan tulang.
 
Gejala penuaan ini kerap berlaku di kalangan wanita berusia 40-an. Mereka akan merasakan diri tidak lagi cantik, rendah diri dan tidak yakin kepada diri sendiri apabila berada di khalayak.
Bagaimanapun, seseorang itu harus berasa yakin bahawa dirinya cantik dan masih ada cara untuk mendapatkan kecantikan semula jadi.
 
Sama ada suka atau tidak, kita sebenarnya harus mengambil banyak bahan anti oksida setiap hari seperti buah-buahan kerana ia membantu menentang radikal bebas dan melindungi daripada kerosakan sel yang boleh mengakibatkan penuaan pra masa. Ini penting untuk merangsang pertambahan kolagen dalam badan.
 
Selain itu, anda boleh mengambil suplemen yang mengandungi kolagen.
 
Order Now
 
 

Untuk kulit yang tampil lebih muda dan lebih sihat

Kod Produk:11000 (15 sachets)
Shaklee Collagen Powder ialah suplemen kolagen tercanggih yang mengandungi 4,000mg ekstrak Kolagen RSS (Red Snapper Scale) proprietari yang tulen dan berkualiti tinggi daripada sisik ikan merah. Kolagen Shaklee mempunyai molekul yang amat ringan, lebih kurang 1,000 Dalton*, menyebabkannya mudah diserap oleh tubuh bagi merangsang sintesis kolagen pada lapisan dermis.
Bagi meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyerlahkan kecantikan dalaman anda, produk kolagen kami dirumus dengan tujuh bahan utama termasuk ekstrak biji Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B.
Shaklee Collagen Powder mudah larut dan boleh dicampurkan ke dalam makanan dan minuman kegemaran anda. Setiap sajian dibungkus dalam paket berasingan untuk pengambilan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
* Berat molekul kolagen diukur dalam Dalton.
 
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Aiza:
H/P no: 0196536224
ID Shaklee: 907642

Mahu menjadi JUTAWAN DUNIA AKHIRAT. REALISASIKAN IMPIAN ANDA.
JOM MULAKAN, ANDA TIDAK PERNAH TERLAMBAT!

Friday, September 12, 2014

Sihat dan Langsing dengan Shaklee

Mahu kekal  sihat dan langsing?  Penyelesaiannya mudah. Set kurus shaklee membantu membakar dan membuang lemak, sekali gus memudahkan proses penurunan berat badan.

Order Now


Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Aiza:
H/P no: 0196536224
ID Shaklee: 907642

Mahu menjadi JUTAWAN DUNIA AKHIRAT. REALISASIKAN IMPIAN ANDA.
JOM MULAKAN, ANDA TIDAK PERNAH TERLAMBAT!

Anda mengalami masalah toksin berlebihan

Jika anda mengalami masalah membuang air besar, sakit perut berterusan atau kulit berjerawat, itu tandanya badan anda mempunyai toksin berlebihan.
 
Pengumpulan toksin dalam badan juga boleh mengakibatkan sembelit, sakit kepala, insomnia, letih dan imuniti badan rendah.
 
Cuba bayangkan jika anda yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga sekarang, ini bermakna sudah pelbagai sisa toksin terkumpul di dalam badan anda.
 
Secara semula jadi, toksin boleh dibuang melalui proses pencernaan iaitu menerusi pembuangan air kecil atau besar.
 
Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati hampir 90 peratus punca penyakit disebabkan toksin. Di dalam sistem fisiologi tubuh pula, apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa buangan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh. Toksin yang berada dalam saluran darah akan dibawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya.

 
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Aiza:
H/P no: 0196536224
ID Shaklee: 907642

Mahu menjadi JUTAWAN DUNIA AKHIRAT. REALISASIKAN IMPIAN ANDA.
JOM MULAKAN, ANDA TIDAK PERNAH TERLAMBAT!

Thursday, September 11, 2014

Rahsia kehebatan VIVIX

 Antara rahsia kehebatan vivix adalah ia memelihara :

  1. kesihatan jantung
  2. kesihatan otak
  3. kesihatan sistem imun
  4. kesihatan sendi
  5. perlindungan antioksidan
  6. peningkatan tenaga
  7. kesihatan badan yang optima





Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Aiza:
H/P no: 0196536224
ID Shaklee: 907642

Mahu menjadi JUTAWAN DUNIA AKHIRAT. REALISASIKAN IMPIAN ANDA.
JOM MULAKAN, ANDA TIDAK PERNAH TERLAMBAT!

Petua Kekal Muda

Beberapa perubahan  boleh dilihat termasuklah tekstur dan keanjalan kulit mula menurun. Kulit juga lebih kasar dan penghasilan kolagen juga turut berkurangan. Selain faktor usia, aktiviti dan pencemaran juga turut mempengaruhi berlakunya proses penuaan lebih cepat. Tekanan atau stres ditambah pula dengan gaya hidup yang kurang sihat menyebabkan kulit mulai kusam, kering dan sebagainya. Untuk memelihara kulit wajah, anda perlu menitikberatkan soal penjagaan kulit wajah.
Rawatan pagi dan malam
Kulit wajah yang bersih mampu menyerap nutrisi lebih maksima. Cuci bersih wajah dengan menggunakan air suam. Pastikan anda memilih pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah. Bagi anda yang memakai solekan, pastikan anda mencuci bersih wajah. Untuk menanggalkan sisa-sisa solekan dan kotoran dengan baik, apa kata gunakan berus wajah yang lembut. Urutan halus dari berus wajah ini juga dapat membantu melancarkan peredaran darah pada wajah. Setelah itu, lap dengan tuala bersih. Pastikan tuala wajah di tukar secara berkala untuk mengelakkan bakteria. Akhir sekali, semburkan penyegar atau toner untuk mendapatkan hasil yang lebih maksima sebelum menyapu serum dan juga pelembap. Setelah mencuci wajah dengan pembersih, pakai serum sebelum menyapu pelembap yang sesuai untuk kulit anda. Kemudian barulah disapu krim pelindung cahaya matahari. Begitu juga dengan malam hari. Gunakan krim malam dan juga krim mata.Kandungan yang terdapat di dalam mata membantu memperbaiki dan melindungi kulit sekitar terutama bagi yang sensitif dan cenderung untuk berlakunya garis-garis halus. Bagi anda yang berusia 30-an, gunakan krim yang mengandungi anti kedutan terutama di bahagian hujung mata, dahi dan bahagian tepi bibir. Membersihkan wajah tidak sekadar mencuci wajah dan menyapu pelembap. Sebaliknya, ia perlu di tambah dengan rawatan ekstra untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Antaranya termasuklah bertemu dengan pakar atau doktor kulit sekiranya wajah anda mengalami sebarang masalah.
Produk anti penuaan
Penggunaan produk anti penuaan perlulah dimulakan sejak awal, sekurang-kurangnya apabila usia sudah memasuki awal 20-an. Selain penggunaan produk pencuci muka, pelembap dan juga krim pelindung cahaya matahari, susuli rawatan kulit wajah dengan penggunaan produk seperti serum, krim malam dan krim mata.
Sebaiknya, pilih produk rawatan anti penuaan yang sesuai untuk usia anda. Ini kerana, bahan yang terdapat di dalamnya dapat membantu melambatkan proses penuaan. Dalam masa yang sama, jangan abaikan pola makan yang sihat selain mempraktikkan gaya hidup yang sihat.
Rutin senaman
Bagi mendapatkan tubuh yang segar dan bertenaga selain menjaga bentuk badan, lakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 30-60 minit. Selain itu, ia juga baik untuk jantung. Bagi anda yang tiada masa untuk bersenam, apa kata cuba gerakan ringan dan mudah dilakukan. Ketika bangun pagi, berjalanlah mengelilingi rumah sekurang-kurangnya 15 minit. Ini membolehkan tubuh terasa lebih segar. Setelah itu, disusuli dengan senaman ringan atau tambahkan senaman lantai yang ringan dan ringkas. Ketika di pejabat rehatlah seketika sekurang-kurangnya 5-10 minit ketika sibuk bekerja. Bangun dari tempat duduk dan hirup udara segar. Regangkan badan dan atur pernafasan sambil memejamkan mata untuk seketika. Ini membolehkan wajah terasa lebih segar dan tubuh lebih relaks. Tekanan kerja dan persekitaran menyebabkan terasa stres sekali gus membuatkan otot-otot wajah menjadi tegang dan ini mudah menimbulkan kedutan terutama di bahagian dahi selain membuatkan wajah kelihatan lebih tua. Justeru, elakkan dari terlalu stres dan berfikiran positif. Ini akan membantu mendapatkan wajah lebih segar dan awet muda berbanding mereka yang banyak berfikir. Lakukan senaman wajah dengan mengunyah makanan lebih lama dan perlahan-lahan. Gerakan otot ini bagus untuk menjaga metabolisme tubuh dan juga baik untuk penghadaman. Ini kerana mengunyah lebih lama akan membantu usus mencerna makanan lebih cepat dan tubuh akan terasa lebih kenyang berbanding jika anda makan secara terburu-buru.
Rehat yang berkualiti
Jaga kualiti tidur anda untuk membolehkan tubuh berehat selain memproses dan memperbaiki sel di dalam badan. Justeru, tidur sekurang-kurangnya 6-7 jam sehari. Jangan biarkan otak tidur di dalam keadaan stres. Pastikan anda tidur tanpa gangguan dari bunyi telefon, buku dan televisyen. Jangan jadikan tempat tidur anda ruang untuk membuat kerja. Bilik tidur harus lah zon yang selesa dan jika mahu menempatkan televisyen di dalam bilik, pastikan anda tidak membukanya kerana ia boleh menyebabkan anda tidak jadi tidur. Nyalakan lampu malap atau gunakan cahaya dari luar sudah memadai kerana tidur di dalam keadaan gelap akan membantu tubuh menghasilkan hormon yang baik untuk pertahanan tubuh sekali gus menjaga sel tubuh dari rosak. Hindari minum terlalu banyak air sebelum tidur kerana ia akan menyebabkan anda terjaga di tengah malam untuk ke tandas sekali gus mengganggu masa tidur anda.
Khasiat air putih
Jangan sesekali meninggalkan pengambilan air putih dalam rutin harian anda. Ini kerana, air putih yang mengandungi hidrogen, oksigen dan mineral mampu membantu melancarkan peredaran darah, membuang kotoran dan toksin di dalam tubuh sekali gus dapat membantu menjaga kelembapan kulit. Selain itu, kekurangan air menyebabkan kulit mudah kering dan ini menyebabkan kulit anda tampak lebih kusam dan mempercepatkan proses penuaan jika dibandingkan dengan kulit yang terpelihara kelembapannya.
Pengambilan vitamin
Kandungan vitamin yang terdapat di dalam sayur-sayuran misalnya dapat membantu melindungi dan memperbaiki sel-sel tubuh untuk awet muda. Justeru, pastikan anda memasukkan sekali buah dan sayur sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Contohnya, pilih buah yang kaya dengan serat dan vitamin A, C dan E untuk mendapatkan kulit yang sihat dan awet muda. Manakala Vitamin C yang terdapat di dalam jambu batu, strawberi mahupun brokoli dikatakan dapat membantu untuk antioksida.
Masker wajah
Selain penggunaan produk kecantikan, anda juga boleh menggunakan bahan-bahan semula jadi sebagai benteng dalam memelihara kulit wajah. Antaranya penggunaan telur putih yang dicampurkan dengan limau nipis dan diadun sebati. Penggunaan putih telur dapat membantu mengencangkan kulit selain membantu mengecilkan liang-liang roma. Kandungan protein di dalam telur juga boleh membantu melembapkan kulit serta mempercepatkan proses regenerasi. Manakala limau nipis pula kaya dengan vitamin C yang berfungsi sebagai antioksida untuk membantu melawan penuaan. Sebaiknya, lakukan masker ini sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk hasil yang lebih maksima.
 



Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Aiza:
H/P no: 0196536224
ID Shaklee: 907642
Mahu menjadi JUTAWAN DUNIA AKHIRAT. REALISASIKAN IMPIAN ANDA.
JOM MULAKAN, ANDA TIDAK PERNAH TERLAMBAT!

Wednesday, September 10, 2014

Ajaibnya Bersedekah

SEDEKAH adalah satu amalan yang amat dituntut dalam Islam namun tidak ramai yang berminat berbuat demikian kerana pelbagai faktor, antaranya terlalu sayangkan harta.
Banyak ayat dalam al-Quran yang menerangkan mengenai kebaikan bersedekah dan menginfakkan harta mereka untuk agama.Malah, Allah menjanjikan ganjaran berlipat ganda, cuma kadangkala manusia tidak nampak pahala atau balasan itu, mungkin diberikan segera atau di masa depan.

"Tidak akan berkurang harta yang kita sedekahkan dengan ikhlas kerana Allah, melainkan Allah akan menggantikannya dengan berlipat kali ganda".

Jom kita berusaha untuk dapat bersedekah secara berterusan.





Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Aiza:
H/P no: 0196536224
ID Shaklee: 907642

Mahu menjadi JUTAWAN DUNIA AKHIRAT. REALISASIKAN IMPIAN ANDA.
JOM MULAKAN, ANDA TIDAK PERNAH TERLAMBAT!

Kolagen Pelihara Kulit Anjal

APABILA ada wanita berusia 40-an ke atas dan masih memiliki kulit yang tegang dan anjal, pasti ramai bertanya rahsia kejelitaannya. Bagaimana dia mampu menjaga kecantikan untuk tampil cantik dan anggun walaupun sudah memasuki usia separuh abad.
 
Menyedari kebanyakan wanita berkerjaya masa kini ramai yang mementingkan kecantikan selain mendapatkan rawatan halal, terdapat pelbagai cara boleh dilakukan wanita bagi meneruskan impian mendapat­kan kulit yang cantik, anjal dan berseri.
 
Jika dulu ramai tidak tahu kepentingan kolagen, tetapi kini rata-rata wanita memilih makanan kesihatan berasaskan kolagen kerana dikatakan bahan ini mampu melambatkan proses penuaan selain menjadikan kulit lebih anjal dan cantik.
 
kolagen adalah sejenis protein yang penting untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Kira-kira 25 hingga 35 peratus daripada jumlah keseluruhan protein di dalam badan terdiri daripada kolagen dan 80 peratus struktur kulit terbentuk darinya.

Bahan ini berfungsi untuk mempertingkatkan penghasilan sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembutkan dan membuat kulit lebih bercahaya serta efektif menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan.
 
Apabila usia semakin meningkat, bermula seawal 25 tahun proses pengurangan kolagen oleh sel fibroblast akan berlaku seterusnya menyebabkan kulit menampakkan garis penuaan, berjeragat, kusam dan kurang bermaya.
 
Jom dapatkan kolagen shaklee yang pastinya selamat dan semulajadi.







Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Aiza:
H/P no: 0196536224
ID Shaklee: 907642
Mahu menjadi JUTAWAN DUNIA AKHIRAT. REALISASIKAN IMPIAN ANDA.
JOM MULAKAN, ANDA TIDAK PERNAH TERLAMBAT!

Tuesday, September 9, 2014

Memerangi tanda-tanda penuaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar anda semua? Saya doakan anda semua sihat, ceria,bahagia dan sentiasa mendapat rahmat dari-Nya.


Jujurnya bagi wanita yang sudah berusia atau sudah memasuki usia senja masih menginginkan penampilan awet muda. Justeru mereka mencari pelbagai cara untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan disebabkan pancaran sinaran matahari, tekanan, atau pola makan buruk yang turut menyumbang kepada penuaan kulit.

Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat, tanda penuaan boleh dikesan pada kulit yang mengalami tompok hitam. Ini terjadi pada mereka yang sering berada di bawah matahari dalam tempoh yang lama. Biasanya kesan ini muncul pada lengan, punggung, dahi, tangan dan bahu iaitu daerah yang mudah terkena matahari.

Selain menimbulkan tompok hitam tanda penuaan boleh dikesan pada kelainan rona pigmen, terutama pada kulit wajah. Kulit menjadi kering dan kasar seterusnya menyebabkan kolagen dan elastin kulit rosak. Kolagen berfungsi memberikan kekuatan dan keanjalan kulit menjadikan kulit tegang dan kencang.

Seterusnya pori-pori yang semakin membesar adalah tanda kulit semakin tua. Seiring pertambahan usia, pori-pori menjadi lebih besar kerana terdapat sel kulit mati di sekitar liang roma.

Kajian dijalankan Akademi Dermatologi Amerika menunjukkan sinaran matahari dan juga aktiviti merokok juga boleh menyebabkan kulit berkedut. Paparan radikal bebas ini menyebabkan kerosakan asid deoksiribonukleik (DNA) kulit dalam membran sel. Akibatnya, paras kolagen dan elastin turun daripada masa ke semasa sehingga kulit mulai merosot dan hilang keanjalannya.

Justeru apa yang harus dilakukan wanita bagi menghalang semua tanda-tanda penuaan ini? Wanita moden hari ini sentiasa mengimpikan produk yang memberi pelbagai kebaikan luaran dan dalaman. Shaklee menyediakan set lengkap yang sangat selamat dan semulajadi.

set pencuci muka




set kesihatan dalaman asas
 


set tambahan



Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Aiza:
H/P no: 0196536224
ID Shaklee: 907642
Mahu menjadi JUTAWAN DUNIA AKHIRAT. REALISASIKAN IMPIAN ANDA.
JOM MULAKAN, ANDA TIDAK PERNAH TERLAMBAT!

Cinta Allah

Hanya dengan cinta kepada Allah sahaja dapat mendamaikan cinta kita sesama manusia.Mengapa?Kita derhaka dalam cinta kita kepada Allah. Allah memberi nikmat yang bukan sedikit. Kita balas dengan taat yang sekelumit. Malah, ramai antara kita yang bukan sahaja tidak menggunakan nikmat itu untuk taat, malah digunakan ke arah maksiat. Semua orang tahu Allah wajar dicintai. Fikirkan sejenak, jika kepada Allah yang banyak berbudi dan berjasa itu pun manusia tega berpaling, apalagi pada manusia yang budi dan jasanya cuma sedikit.Apa kaitannya dengan cinta kita cinta manusia?
Allah Maha Sabar, walaupun ramai manusia yang berpaling daripada cintaNya, tetapi Allah terus-terusan mencintai manusia…”Apa buktinya?Buktinya Allah terus memberi… Memberi nikmat dan pengampunanNya. Allah tidak pernah jemu dan berhenti memberi nikmat dan menghulur pengampunan.
 
 
 
 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Aiza:
H/P no: 0196536224
ID Shaklee: 907642
Mahu menjadi JUTAWAN DUNIA AKHIRAT. REALISASIKAN IMPIAN ANDA.
JOM MULAKAN, ANDA TIDAK PERNAH TERLAMBAT!

Monday, September 8, 2014

Nasi Arab Ikan Talipia di Restoran Yaman

Teringat makan nasi arab ikan talipia goreng kat restoran yaman on the way dari Makkah ke Madinah semasa menunaikan umrah 2012. Sedap sangat.Ikan tu panas-panas lagi..

Terima kasih kepada pihak andalusia atas perkhidmatan yang sangat memuaskan.




Rindu sangat untuk berada di Masjidilharam & Masjidil Nabawi. Semoga Allah perkenankan doa kami untuk sampai ke sana lagi. Amin..
 
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Aiza:
H/P no: 0196536224
ID Shaklee: 907642
Mahu menjadi JUTAWAN DUNIA AKHIRAT. REALISASIKAN IMPIAN ANDA.
JOM MULAKAN, ANDA TIDAK PERNAH TERLAMBAT!

Set bersalin lengkap

Berpantang sememangnya cukup sinonim dengan masyarakat Melayu terutama bagi wanita selepas melahirkan anak.
Kebiasaannya tempoh berpantang selama 44 hari walaupun ada yang meneruskannya sehingga 100 hari.

Penggunaan set bersalin perlu untuk merawat dalaman badan,kerana dipercayai boleh membantu ibu mengembalikan semula tenaga dan menyembuhkan badan selepas proses kehamilan dan melahirkan anak.Ia juga membantu untuk mengembalikan tenaga, memanaskan badan serta mengeluarkan lemak dan toksin serta membantu mengecutkan peranakan, otot dan urat yang bengkak, mengurangkan air berlebihan dalam badan, me­ngeluarkan angin serta me­ngempiskan perut.
 
Shaklee ada menyediakan set lengkap bagi ibu-ibu diluar sana. Set ini bukan sahaja dapat mengembalikan kesihatan ibu-ibu malah juga dapat membantu membanyakkan susu bagi keperluan bayi mereka.








Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Aiza:
H/P no: 0196536224
ID Shaklee: 907642

Mahu menjadi JUTAWAN DUNIA AKHIRAT. REALISASIKAN IMPIAN ANDA.
JOM MULAKAN, ANDA TIDAK PERNAH TERLAMBAT!

Sunday, September 7, 2014

Kawal kolesterol secara semula jadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Saya doakan anda semua sihat, ceria,bahagia dan sentiasa mendapat rahmat dari-Nya.


Diet makanan seimbang termasuk buah dan sayur bantu mengawal tahap kolesterol. PENYAKIT jantung dan strok adalah dua masalah kesihatan serius yang berpunca daripada tahap kolesterol tinggi. Keadaan itu dikatakan berkait rapat dengan beberapa faktor seperti keturunan, diet pemakanan dan gaya hidup seseorang.

Bagi mengatasi kebimbangan seseorang berhubung risiko menghidap penyakit jantung dan strok, kajian terkini membuktikan sumber semula jadi juga dapat membantu merendahkan tahap kolesterol secara berkesan.
 
Kajian itu juga menunjukkan, ada empat produk berasaskan sumber semula jadi yang kini berada di pasaran mampu mengurangkan tahap kolesterol secara sihat dan efektif, tanpa kesan sampingan. Empat bahan itu adalah sterol tumbuhan (plant sterols), bijirin oat, serbuk minyak ikan Omega 3 dan Psyllium Husk.

Sterol tumbuhan yang turut dikenali Phytosterols atau Stanols adalah sebatian pada tumbuhan dan bersifat merendahkan tahap kolesterol. Malah, pengambilan produk itu akan menurunkan tahap kolesterol sebanyak 10 peratus hingga 15 peratus.

Oat pula bijirin yang mengandungi serat larut dikenali ‘beta glukan’ yang terbukti merendahkan tahap kolesterol mereka yang mengamalkan pemakanannya.

Kandungan serat, karbohidrat kompleks dan protein yang tinggi itu turut membantu menstabilkan kadar glukos dalam darah.

Minyak ikan Omega 3 atau produk Omega 3 Fish Oil Powder pula adalah asid lemak yang penting bagi metabolisma normal kerana ia mengandungi Asid Lemak Tak Tepu (EPA) bagi mengurangkan inflamasi seluruh badan.
 Produk ini juga sesuai untuk penghidap masalah kesihatan hipertrigliseridemia, kardiovaskular sekunder dan tekanan darah tinggi.

Selain itu, Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan kepada pesakit jantung koronari supaya mengambil 1 gram minyak ikan seperti produk ini setiap hari.

Psyllium Husk pula secara lazimnya digunakan untuk menangani sembelit, sindrom sakit perut serta meningkatkan kemampuan dan mengekalkan otot usus.
 Pada masa sama, penggunaannya mampu untuk menurunkan tahap kolesterol, mengawal diabetes dan mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Hasil kajian dijalankan The American Journal of Clinical Nutrition menunjukkan produk itu jika digunakan bersama bahan makanan, berkesan untuk mengurangkan glukosa dalam darah.

Anda tidak perlu tercari-cari produk semulajadi tersebut kerana shaklee sudah pun menyediakannya.Ianya selamat dan pastinya semulajadi. Sangat mudah diambil kerana telahpun diformulasikan dalam bentu tablet.



 












Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Aiza:
H/P no: 0196536224
ID Shaklee: 907642

Mahu menjadi JUTAWAN DUNIA AKHIRAT. REALISASIKAN IMPIAN ANDA.
JOM MULAKAN, ANDA TIDAK PERNAH TERLAMBAT!

Emosi Yang Membahayakan Diri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar anda semua? Saya doakan anda semua sihat, ceria,bahagia dan sentiasa mendapat rahmat dari-Nya. Jangan biarkan diri anda dibelenggu dengan emosi-emosi negatif yang akhirnya memberi kesan buruk kepada kesihatan.

 



Anda berhak untuk ceria, bahagia & sihat.



Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Aiza:
H/P no: 0196536224
ID Shaklee: 907642

Mahu menjadi JUTAWAN DUNIA AKHIRAT. REALISASIKAN IMPIAN ANDA.
JOM MULAKAN, ANDA TIDAK PERNAH TERLAMBAT!

Saturday, September 6, 2014

Suplimen tambahan dan tekanan wanita moden

Kesibukan dan tekanan wanita moden menyebabkan mereka sering berhadapan dengan masalah kesihatan seperti haid tidak teratur, kulit tidak licin dan cerah, payu dara tidak anjal, rahim lemah, tangan dan kaki sejuk, otot vagina tidak ketat dan kering serta bendalir vagina tidak cukup. Selain amalan gaya hidup sihat, suplimen tambahan dapat membantu wanita mengatasi masalah-masalah tersebut
 
 
 
 
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Aiza:
H/P no: 0196536224
ID Shaklee: 907642
Mahu menjadi JUTAWAN DUNIA AKHIRAT. REALISASIKAN IMPIAN ANDA.
JOM MULAKAN, ANDA TIDAK PERNAH TERLAMBAT!

Tiada istilah terlambat memulakan bisnes shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar anda semua? Saya doakan anda semua sihat, ceria,bahagia dan sentiasa mendapat rahmat dari-Nya.


Ada orang memulakan bisnes shaklee seawal umur 20an. Ada yang berumur 30 tahun keatas mungkin merasakan sudah agak terlambat untuk memulakan sesuatu bisnes.. apatah lagi kalau anda yang membaca blog post ini sudah berumur 40 tahun, 50 tahun.
 
Disinilah anda silap !! Jangan risau..jangan bimbang… bak kata orang puteh .. “ it is never late to start over and to start a business.
 
Dengan modal serendah RM75, tidak perlu kacau wang simpanan anda untuk memulakan bisnes ini. Yang penting semangat dan usaha. Allah sentiasa akan membantu kita. Insyaallah.
 


Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Aiza:
H/P no: 0196536224
ID Shaklee: 907642
Mahu menjadi JUTAWAN DUNIA AKHIRAT. REALISASIKAN IMPIAN ANDA.
JOM MULAKAN, ANDA TIDAK PERNAH TERLAMBAT!

Friday, September 5, 2014

Selamat menunaikan haji

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Saya doakan anda semua sihat, ceria,bahagia dan sentiasa mendapat rahmat dari-Nya.

Bakal-bakal haji ada yang sudah pun memulakan perjalanan mereka pada 27hb August hari tu dah pun sampai ke Makkah selepas ziarah Madinah.Tahniah & Alhamdulillah kepada mereka yang dipilih oleh Allah untuk menunaikan haji tahun ini. Gunakan peluang yang Allah beri ini sebaik-baiknya. Semoga Allah menjemput kita semua menunaikan haji satu hari nanti.

Disini saya ada menyediakan vitamin bagi bakal-bakal haji seperti vitamin C, JoinHealth Tablet.


Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Aiza:
H/P no: 0196536224
ID Shaklee: 907642
Mahu menjadi JUTAWAN DUNIA AKHIRAT. REALISASIKAN IMPIAN ANDA.
JOM MULAKAN, ANDA TIDAK PERNAH TERLAMBAT!