Saturday, September 27, 2014

Vivix mengawal paras gula dalam darah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar anda semua? Saya doakan anda semua sihat, ceria,bahagia dan sentiasa mendapat rahmat dari-Nya.

Baru sahaja baca artikel di harian metro yang mengatakan, dianggarkan 200 juta penduduk di Asia Pasifik termasuk China, Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam menghidap kencing manis.

Kira-kira 60 hingga 70 peratus daripadanya mengalami beberapa jenis kerosakan saraf yang menyebabkan kesakitan manakala seorang daripada empat penghidap kencing manis mengalami sakit saraf diabetes.

Lebih buruk selain rasa sakit, kerosakan saraf ini juga menyebabkan pesakit kehilangan deria rasa pada kaki dan tangan yang pada mulanya ditandai dengan gejala kebas pada kedua-dua anggota. Lama-kelamaan pesakit tidak lagi merasai kesakitan terutama sekira­nya kaki dan tangan mereka luka.

“Keadaan ini menjadi lebih serius apabila jangkitan kuman mula berlaku. Dalam kes yang teruk, jangkitan yang tidak dirawat boleh menyebabkan kaki dan ta­ngan terpaksa dipotong. Inilah sebabnya pemeriksaan kaki dan tangan sangat penting bagi pesakit diabetes dan mengapa doktor meminta untuk melihat kaki pesakit setiap kali menjalani rawatan,” katanya.

Secara umum, terdapat dua jenis kesakitan saraf iaitu akibat diabetes berpunca daripada saraf rosak serta kesakitan otot berpunca daripada kecederaan atau radang yang kesakitannya akan cenderung hilang dari semasa ke semasa.

Sebagai pesakit, penting untuk memahami gejala yang anda alami supaya dapat menerangkannya kepada doktor. Sakit saraf adalah hasil daripada kerosakan saraf yang disebabkan kencing manis dan bukan akibat penuaan, berat badan atau keadaan lain.


Bagi mengetahui seseorang itu mengalami sakit saraf diabetes atau sebaliknya, jalani pemeriksaan atau ujian bagi menentukan punca kesakitan dengan cara:

• Menilai tanda pada pesakit selepas membuat pemeriksaan fizikal. Doktor boleh menyemak tekanan darah, kadar degupan jantung, kekuatan otot, tindak balas dan sensitiviti terhadap sentuhan, suhu dan getaran.

• Melakukan peperiksaan kaki secara menyeluruh iaitu menilai kulit, otot, tulang, peredaran darah dan deria rasa pada kaki.

• Menjalani ujian monofilament membabitkan sentuhan pada kaki dengan sehelai nilon (sejenis benang) bagi menguji kepekaan dan menentukan sejauh mana kerosakan saraf pada pesakit.


Oleh itu sangat penting untuk kita  mengawal kandungan gula dalam darah menerusi penjagaan pemakanan.



 




 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Aiza:
H/P no: 0196536224
ID Shaklee: 907642

No comments:

Post a Comment