Monday, September 15, 2014

Ikan baik untuk jantung

Di antara punca kenapa amat susah menurunkan paras kolesterol adalah kesilapan dalam pemilihan makanan seperti makan makanan tinggi karbohidrat, gula berlebihan, lemak tepu, makanan tinggi dengan ‘asid lemak trans’ dan makanan proses selain kurang aktiviti fizikal.

Hakikatnya jika makan punca kolesterol tinggi, maka cara terbaik untuk mengawal paras kolesterol ialah dengan makan makanan yang boleh menurunkan paras kolesterol. Terdapat banyak kajian sains dilaporkan dalam jurnal perubatan yang membuktikan pemakanan ikan boleh membantu menurunkan paras kolesterol darah.
 
Oleh kerana bukti saintifik semakin banyak dikumpulkan, maka FDA di Amerika Syarikat mengesahkan bahawa kesan Omega 3 (EPA dan DHA) mampu menurunkan risiko sakit jantung koronari. Ia juga membenarkan pengilang dan pengedar yang menghasilkan makanan dan suplemen mengiklankan bahawa produk yang mengandungi Omega 3 boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari dan menurunkan paras kolesterol darah.

Makanlah ikan setiap hari untuk kesihatan jantung dan menurunkan paras kolesterol darah. Semua jenis ikan mengandungi kandungan Omega 3 yang tinggi berbanding makanan lain.

 Jika anda tidak mahu makan ikan setiap hari, maka pengambilan suplemen Omega 3 juga membantu menurunkan paras kolesterol.
 
 


Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Aiza:
H/P no: 0196536224
ID Shaklee: 907642

Mahu menjadi JUTAWAN DUNIA AKHIRAT. REALISASIKAN IMPIAN ANDA.
JOM MULAKAN, ANDA TIDAK PERNAH TERLAMBAT!

No comments:

Post a Comment