Sunday, September 7, 2014

Kawal kolesterol secara semula jadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Saya doakan anda semua sihat, ceria,bahagia dan sentiasa mendapat rahmat dari-Nya.


Diet makanan seimbang termasuk buah dan sayur bantu mengawal tahap kolesterol. PENYAKIT jantung dan strok adalah dua masalah kesihatan serius yang berpunca daripada tahap kolesterol tinggi. Keadaan itu dikatakan berkait rapat dengan beberapa faktor seperti keturunan, diet pemakanan dan gaya hidup seseorang.

Bagi mengatasi kebimbangan seseorang berhubung risiko menghidap penyakit jantung dan strok, kajian terkini membuktikan sumber semula jadi juga dapat membantu merendahkan tahap kolesterol secara berkesan.
 
Kajian itu juga menunjukkan, ada empat produk berasaskan sumber semula jadi yang kini berada di pasaran mampu mengurangkan tahap kolesterol secara sihat dan efektif, tanpa kesan sampingan. Empat bahan itu adalah sterol tumbuhan (plant sterols), bijirin oat, serbuk minyak ikan Omega 3 dan Psyllium Husk.

Sterol tumbuhan yang turut dikenali Phytosterols atau Stanols adalah sebatian pada tumbuhan dan bersifat merendahkan tahap kolesterol. Malah, pengambilan produk itu akan menurunkan tahap kolesterol sebanyak 10 peratus hingga 15 peratus.

Oat pula bijirin yang mengandungi serat larut dikenali ‘beta glukan’ yang terbukti merendahkan tahap kolesterol mereka yang mengamalkan pemakanannya.

Kandungan serat, karbohidrat kompleks dan protein yang tinggi itu turut membantu menstabilkan kadar glukos dalam darah.

Minyak ikan Omega 3 atau produk Omega 3 Fish Oil Powder pula adalah asid lemak yang penting bagi metabolisma normal kerana ia mengandungi Asid Lemak Tak Tepu (EPA) bagi mengurangkan inflamasi seluruh badan.
 Produk ini juga sesuai untuk penghidap masalah kesihatan hipertrigliseridemia, kardiovaskular sekunder dan tekanan darah tinggi.

Selain itu, Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan kepada pesakit jantung koronari supaya mengambil 1 gram minyak ikan seperti produk ini setiap hari.

Psyllium Husk pula secara lazimnya digunakan untuk menangani sembelit, sindrom sakit perut serta meningkatkan kemampuan dan mengekalkan otot usus.
 Pada masa sama, penggunaannya mampu untuk menurunkan tahap kolesterol, mengawal diabetes dan mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Hasil kajian dijalankan The American Journal of Clinical Nutrition menunjukkan produk itu jika digunakan bersama bahan makanan, berkesan untuk mengurangkan glukosa dalam darah.

Anda tidak perlu tercari-cari produk semulajadi tersebut kerana shaklee sudah pun menyediakannya.Ianya selamat dan pastinya semulajadi. Sangat mudah diambil kerana telahpun diformulasikan dalam bentu tablet.



 












Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Aiza:
H/P no: 0196536224
ID Shaklee: 907642

Mahu menjadi JUTAWAN DUNIA AKHIRAT. REALISASIKAN IMPIAN ANDA.
JOM MULAKAN, ANDA TIDAK PERNAH TERLAMBAT!

4 comments:

  1. ibu menyusu boleh ambik supplemen ini x?
    http://bit.ly/1lJFD8e

    ReplyDelete
  2. lecithin juga Bantu kawal kolesterol..

    jemput singgah blog saya..

    http://mommydarwisya.blogspot.com/2014/09/testimoni-mealshake-collagen-powder.html?m=1

    ReplyDelete