Wednesday, September 10, 2014

Kolagen Pelihara Kulit Anjal

APABILA ada wanita berusia 40-an ke atas dan masih memiliki kulit yang tegang dan anjal, pasti ramai bertanya rahsia kejelitaannya. Bagaimana dia mampu menjaga kecantikan untuk tampil cantik dan anggun walaupun sudah memasuki usia separuh abad.
 
Menyedari kebanyakan wanita berkerjaya masa kini ramai yang mementingkan kecantikan selain mendapatkan rawatan halal, terdapat pelbagai cara boleh dilakukan wanita bagi meneruskan impian mendapat­kan kulit yang cantik, anjal dan berseri.
 
Jika dulu ramai tidak tahu kepentingan kolagen, tetapi kini rata-rata wanita memilih makanan kesihatan berasaskan kolagen kerana dikatakan bahan ini mampu melambatkan proses penuaan selain menjadikan kulit lebih anjal dan cantik.
 
kolagen adalah sejenis protein yang penting untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Kira-kira 25 hingga 35 peratus daripada jumlah keseluruhan protein di dalam badan terdiri daripada kolagen dan 80 peratus struktur kulit terbentuk darinya.

Bahan ini berfungsi untuk mempertingkatkan penghasilan sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembutkan dan membuat kulit lebih bercahaya serta efektif menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan.
 
Apabila usia semakin meningkat, bermula seawal 25 tahun proses pengurangan kolagen oleh sel fibroblast akan berlaku seterusnya menyebabkan kulit menampakkan garis penuaan, berjeragat, kusam dan kurang bermaya.
 
Jom dapatkan kolagen shaklee yang pastinya selamat dan semulajadi.







Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Aiza:
H/P no: 0196536224
ID Shaklee: 907642
Mahu menjadi JUTAWAN DUNIA AKHIRAT. REALISASIKAN IMPIAN ANDA.
JOM MULAKAN, ANDA TIDAK PERNAH TERLAMBAT!

No comments:

Post a Comment