Thursday, September 4, 2014

Sambal ikan bilis garing sedap

Assalamualaikum semua,

Hari ni saya nak berkongsi satu resepi ringkas untuk ibu-ibu yang terlalu sibuk diluar sana. Bukan apa balik kerja tiba-tiba anak cakap 'lapar la'. Nak beli ikan atau ayam..banyak lagi proses nak ke kena buat sebelum masuk kuali or periuk. Jadinya jom kita buat persediaan awal iaitu sambal ikan bilis garing sedap..boleh simpan lama.

Bahan-bahan
1. Ikan bilis - 300g
2. Cili api - yang biasa kat pasar segar, pasar malam tu. Dalam segenggam gitu. Ikut la tahap ketahanan pedas anda.
3. Bawang merah
4. Bawang putih.

Cara-cara

Cili api, bawang merah & bawang pituh dikisar.Ikan Bilis digoreng garing. Panaskan minyak. Masukkan bahan yang dikisar tadi. Goreng sehingga garing. Masukkan sedikit gula & sedikit garam. Setelah nampak kering dan garing tutup api dan masukkan ikan bilis goreng tadi. Toskan minyak tadi supaya bila kita simpan ikan bilis tidak lemau.

Sekarang sudah sedia untuk dimakan. Dapat nasi panas, telur dadar,Ulam timun.dah cukup. Ibu-ibu boleh la nak buat kerja lain. Nak buat kerja rumah ke, bisnes online ke.

Ikan bilis ni boleh tahan seminggu gitu. Jadinya simpan, esok2 cuma tukar sayur aje dalam menu harian anda.

Selamat mencuba.

Jom kita berbisnes online.

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Aiza:
H/P no: 0196536224
ID Shaklee: 907642
Mahu menjadi JUTAWAN DUNIA AKHIRAT. REALISASIKAN IMPIAN ANDA.
JOM MULAKAN, ANDA TIDAK PERNAH TERLAMBAT!

No comments:

Post a Comment