Saturday, October 25, 2014

Hijrahkan diri anda


Assalamualaikum semua. Apa khabar? Saya doakan anda semua sihat, ceria,bahagia dan sentiasa mendapat rahmat dari-Nya. Sempena sambutan Maal Hijrah jom kita sama-sama berubah kepada kehidupan yang lebih baik yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.

Mulalah dengan mengubah diri sendiri supaya kita menjadi lebih yakin. Orang lain juga akan lebih yakin dengan diri kita. Ini kerana tidak mungkin jika kita mahu mengajak orang lain berubah sedang­kan diri kita sendiri masih berada pada takuk lama orang akan cakap anda seorang yang cakap tidak serupa bikin.

Mula melakukan perubahan secara perlahan-lahan. Tidak dinafikan sememangnya sukar untuk terus berubah dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip mata saja.

Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah s.w.t kita akan dapat berubah seperti apa yang kita inginkan. Walaupun perlahan, kita akan dapat mengalami perubahan yang besar dalam diri kita.

Lakukan perubahan pada masa sekarang juga dan jangan bertangguh untuk tempoh lebih lama lagi. Ini kerana semakin lama bertangguh ia akan menjadi semakin melarat dan semakin susah untuk melakukannya.

Perkara yang kecil akan jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa akan datang.

Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Kita perlu memaksa diri kita untuk berubah dengan sepenuh hati.

Jika diri kita tidak dipaksa, kita seolah-olah memanjakan diri kita untuk berubah. Nafsu kita juga akan menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. Kawal nafsu kita dan jangan biarkan ia mengawal diri kita.

Apabila berjaya melakukan perubahan diri maka kita perlu mengulangi perubahan itu sehingga ia menjadi sebati dengan diri. Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu saja, kita hanya akan berjaya untuk berubah seketika sahaja.

Jangan sia-siakan perubahan yang dilakukan.Kita perlu sentiasa melakukannya. Kita perlu berubah menjadi orang yang lebih baik kerana ia sangat dituntut dalam Islam.
 

Kita semua hendak berubah tetapi tidak tahu bagaimana dan dari mana hendak mula kerana bimbang jika salah ikut kaedah pasti perubahan itu tidak kekal lama kerana kembali semula kepada perangai dulu.

Hangat-hangat tahi ayam saja. Maka di sini mari kita berkongsi cara-cara memulakan perubahan dan berhijrah.


1) Mulalah dengan mengubah diri sendiri supaya anda menjadi lebih yakin. Orang lain juga akan lebih yakin dengan diri anda. Ini kerana tidak mungkin jika anda mahu mengajak orang lain berubah sedang­kan diri anda sendiri masih berada pada takuk lama orang akan cakap anda seorang yang cakap tidak serupa bikin.


2) Mula melakukan perubahan secara perlahan-lahan. Tidak dinafikan sememangnya sukar untuk terus berubah dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip mata saja.

Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah s.w.t anda akan dapat berubah seperti apa yang anda inginkan. Walaupun perlahan, anda akan dapat mengalami perubahan yang besar dalam diri anda.


3) Lakukan perubahan pada masa sekarang juga dan jangan bertangguh untuk tempoh lebih lama lagi. Ini kerana semakin lama bertangguh ia akan menjadi semakin melarat dan semakin susah untuk melakukannya.

Perkara yang kecil akan jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa akan datang.


4) Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Anda perlu memaksa diri anda untuk berubah dengan sepenuh hati.

Jika diri anda tidak dipaksa anda seolah-olah memanjakan diri anda untuk berubah. Nafsu anda juga akan menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. Kawal nafsu anda dan jangan biarkan ia mengawal diri anda.


5) Apabila berjaya melakukan perubahan diri maka anda perlu mengulangi perubahan itu sehingga ia menjadi sebati dengan diri. Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu saja, anda hanya akan berjaya untuk berubah seketika sahaja.

Oleh itu, jangan sia-siakan perubahan yang dilakukan. Anda perlu sentiasa melakukannya. Kesimpulannya, kita perlu berubah menjadi orang yang lebih baik kerana ia sangat dituntut dalam Islam.

Jangan pula berubah kerana disebabkan orang lain. Setiap yang diamalkan perlu dilakukan dengan penuh ikhlas kerana Allah s.w.t demi kebaikan diri sendiri. - See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/2011120121310120111201213101/Article#sthash.Y8km17RN.dpuf

Mahu menjadi JUTAWAN DUNIA AKHIRAT. REALISASIKAN IMPIAN ANDA.
JOM MULAKAN, ANDA TIDAK PERNAH TERLAMBAT!

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Aiza:
H/P no: 0196536224
ID Shaklee: 907642

Tuesday, October 7, 2014

Bacaan gula dalam darah turun dengan vivix

Alhamdulillah, hari ini dapat pengkhabaran gembira dari seorang pelanggan tetap vivix. Beliau memberitahu bacaan gula dalam darahnya sudah turun kepada <4.5.Semuanya dengan izin Allah. Anda diluar sana tidak perlu risau lagi. Boleh cuba sekarang.

Boleh juga hadiahkan kepada insan tersayang, suami, isteri, ibu, ayah.




Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Aiza:
H/P no: 0196536224
ID Shaklee: 907642

Monday, October 6, 2014

Manusia diuji mengikut kemampuannya

SETIAP dari kita  pasti pernah menghadapi ujian atau masalah hidup dan ia dibebankan kepada kita dalam bentuk yang berbeza mengikut kemampuan individu itu sendiri.
Ada diantara kita diuji dengan kemiskinan melampau sehingga terpaksa berlapar , kehilangan orang dikasihi dan ada diuji dengan bala bencana.     


Semua bentuk ujian ini telah dinyatakan Allah SWT dalam firman yang bermaksud:

“Demi sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan kelaparan, dan kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang beriman.” (Surah al-Baqarah, ayat 155)       

Sesungguhnya kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir yang telah ditentukan. - Surah al-Qamar, Ayat 49

Setiap ujian atau masalah hidup yang ditimpakan kepada kita mengikut tahap keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT kerana Dia tidak akan membebankan masalah yang melangkaui kemampuan manusia itu untuk menghadapinya.

Ibnu Khathir dalam kitab Tafsir Ibnu Kathir menyatakan, Allah SWT pasti akan menguji setiap jiwa yang beriman melalui harta dimilikinya, dirinya sendiri, anak serta isterinya. Namun, setiap daripada mereka diuji mengikut kadar agama, jika agamanya kuat, maka bertambahlah ujian kepadanya.

Dengan bertambahnya ujian kepada kita, bukan bererti Allah SWT sengaja membebankan dan menjadikan kita lemah dengan ujian itu tetapi ia adalah batu aras menentukan siapa yang benar-benar beriman dan siapa tidak.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Adakah manusia itu patut dibiarkan begitu saja berkata ‘kami telah beriman’. Maka dengan ujian itu, nyatalah apa yang diketahui Allah mengenai orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyatalah pula apa yang diketahui-Nya mengenai orang yang berdusta.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)
Oleh itu, sebagai seorang mukmin, kita seharusnya menghadapi setiap ujian dengan jiwa tenang dan menguruskannya secara baik. Langkah pertama perlu diambil ketika ditimpa ujian ialah bersikap reda dan bersangka baik dengan Allah kerana Dialah yang menentukan takdir terjadi kepada kita.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir yang telah ditentukan.” (Surah al-Qamar, ayat 49)

Begitu juga apabila kita melihat ujian berlaku ke atas orang lain, kita seharusnya bersangka baik dan tidak menyatakan perkara yang buruk kepada mereka kerana perbuatan itu ditegah oleh Islam.

Tambahan lagi, ujian yang diterima mereka adalah ketetapan khusus untuk mereka dan mungkin jika kita ditimpa ujian sedemikian rupa, kita tidak mampu menghadapinya.

Selain itu, seorang mukmin yang baik mengamalkan sifat sabar kerana sabar mampu menghasilkan kebaikan dan mencegah daripada melakukan perkara di luar norma ditetapkan Islam.

Ali bin Abi Talib berkata: “Ingatlah! Sesungguhnya sabar itu sebahagian daripada iman seperti kedudukan kepala daripada tubuh badan. Apabila kepala dipotong, rosaklah tubuh badan.

Kita boleh mengambil iktibar daripada kisah hidup Nabi Ayyub yang diuji dengan kehilangan anak disayangi, harta benda hangus terbakar serta penyakit ganjil yang berterusan. Namun, beliau tetap sabar dan terus melakukan ibadat kepada Allah SWT.

Ketika ditanya syaitan laknatullah mengapa beliau masih beribadat kepada Allah SWT walaupun setelah diuji dengan pelbagai ujian, beliau lantas menjawab: “Hai Iblis terkutuk, Alhamdulillah! Dia telah memberi dan mengambilnya pula dari saya. Semua harta dan anak adalah fitnah untuk lelaki dan wanita, maka Dia mengambilnya dari saya, sehingga saya dapat bersabar lagi tenang untuk beribadah kepada Tuhan saya.”

Melalui kisah ini, dapat kita merenung bagaimana Nabi Ayyub menghadapi pelbagai ujian dengan sabar dan reda, serta hanya mengeluh di dalam doa beliau saja seperti yang termaktub dalam surah Al-Anbiya’, ayat 83: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ditimpa kepayahan, dan engkaulah yang Maha Mengasihani.”

Imam Nawawi menyatakan, seseorang itu boleh mengeluh apabila ditimpa ujian, selagi mana dia tidak marah dan menyalahkan takdir yang diterimanya.

Islam juga tidak mengatakan salah jika seorang mukmin itu menangisi atas perkara buruk yang berlaku kepadanya. Ini berdasarkan hadis diriwayatkan At-Tarmizi yang menceritakan ketika anak perempuan Baginda meninggal dunia di pangkuan Baginda sehingga Ummu Aiman yang berada di situ menangis, lantas ditanya oleh Baginda mengapa dia menangis di hadapan Baginda, lalu dijawab oleh Ummu Aiman, Baginda juga pernah menangis.

Baginda lalu bersabda: “Aku tidak bermaksud menangis, tapi sebagai bentuk kasih sayang. Sesungguhnya orang beriman itu selalu merasa tenang dalam setiap keadaan. Ketika melihat seseorang meninggal dunia, ia tetap memuji Allah.”

Syukur juga antara sikap yang perlu ada ketika dilanda ujian iaitu dengan cara berterima kasih kepada Allah SWT kerana masih lagi mengurniakan kita nikmat tidak ternilai serta tidak menarik kembali nikmat paling besar diberikan iaitu iman dan takwa.

Kita mampu menghadapi apapun ujian yang datang jika tahu serta mampu mengurus jiwa dengan baik dan ini akan menjadikan setiap ujian menghasilkan kebaikan, bukannya menjadikan kita bertambah lemah atau berputus asa.
 
Terima  kasih Ya Allah, atas ujianMu ini. Semoga aku lebih dekat denganMu.


 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Aiza:
H/P no: 0196536224
ID Shaklee: 907642

Mahu menjadi JUTAWAN DUNIA AKHIRAT. REALISASIKAN IMPIAN ANDA.
JOM MULAKAN, ANDA TIDAK PERNAH TERLAMBAT!

Friday, October 3, 2014

Kulit wajah bersih dan gebu dengan ESP

Tak perlu nak buat suntikan botox atau menggunakan laser bagi mendapatkan kulit wajah yang bersih lagi gebu. Dengan mengamalkan ESP shaklee anda akan  mendapat kulit wajah lebih anjal, gebu dan bebas kedutan bak remaja.




Antara kelebihan lain ESP:


  • Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu danberseri
  • Memberi tenaga menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih
  • Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu lebih cepat dan banyak
  • Membantu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim menjadikan bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam
  • Membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu mengandung di tahap optimum
  • Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur
  • Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.
  • Bantu hilangkan parut jerawat di muka.
  • Untuk yang alami masalah kesuburan, ESP bantu membentuk tisu rahim serta sel ovumdan sel sperma yang sihat.


 Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Aiza:
H/P no: 0196536224
ID Shaklee: 907642

Mahu menjadi JUTAWAN DUNIA AKHIRAT. REALISASIKAN IMPIAN ANDA.
JOM MULAKAN, ANDA TIDAK PERNAH TERLAMBAT!

365 Resepi Istimewa Chef Hanieliza

Senyum sampai ketelinga bila dapat buku 1 hari 1 resepi Chef Hanieliza.




Kagum la dengan hasil karya Chef Hanieliza ni.  Resepi yang mudah dan ringkas untuk menghasilkan hidangan yang sedap dan berkhasiat untuk keluarga tercinta. Mesti cuba ni.

Terima kasih tak terhingga kepada pemberi hadiah ni. Semoga dimurahkan rezeki.


 Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Aiza:
H/P no: 0196536224
ID Shaklee: 907642
IG:http://instagram.com/ruhaizahanapi

Mahu menjadi JUTAWAN DUNIA AKHIRAT. REALISASIKAN IMPIAN ANDA.
JOM MULAKAN, ANDA TIDAK PERNAH TERLAMBAT!


Thursday, October 2, 2014

Tukar-tukar hadiah mengeratkan lagi silaturrahim

Tukar-tukar hadiah sudah menjadi acara tahunan pejabat saya. Cara ini dapat merapatkan hubungan sesama rakan sepejabat. Nilai hadiah adalah tidak kurang dari RM30. Tapi bukan RM itu yang dipandang. Keikhlasan si pemberi dan si penerima yang menjadikan acara ini lebih merapatkan silaturahim sesama rakan sepejabat. Buku ini adalah antara hadiah yang saya terima. Cukup berharga 'Penawar Duka Pengubat Sengsara'. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa pemberi hadiah ini.



 Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Aiza:
H/P no: 0196536224
ID Shaklee: 907642

Mahu menjadi JUTAWAN DUNIA AKHIRAT. REALISASIKAN IMPIAN ANDA.
JOM MULAKAN, ANDA TIDAK PERNAH TERLAMBAT!

Rangsang pengeluaran susu ibu

“Tiada susu, susu tidak keluar atau susu sedikit”. Ini antara ru­ngutan yang biasa dide­ngar terutama bagi ibu yang baru kali pertama melahirkan anak.
Berhadapan situasi ini membuatkan ada antara mereka terfikir untuk memberikan susu formula kepada bayi ter­utama selepas beberapa jam melahirkan anak lantaran tidak sanggup mendengar tangi­san bayi yang disangka tidak cukup susu. 
Ada pula menyangka susu akan terus keluar dengan banyak sehingga membuatkan mereka panik apabila payudara tidak menghasilkan susu seperti yang dibayangkan. Pelbagai tanggapan mengenai penyusuan terus menghantui semua ibu atau bakal ibu. Persoalannya, adakah benar susu tidak keluar, susu sedikit atau teknik digunakan tidak betul sehingga menyebabkan proses menyusukan anak menjadi sukar.
Bagi memastikan pengeluaran susu lancar, ibu yang baru melahirkan anak perlu menyusukan bayi mereka sekerap mungkin (iaitu satu hingga dua jam sekali). Yakin dan teruskan penyusuan kerana menyusu sepatutnya adalah intuisi seorang bayi dan ia amat penting untuk merangsang pengeluaran susu ibu di awal kelahiran. 
Ibu juga perlu mengambil suplimen bagi membantu mengembalikan kesihatan mereka selepas bersalin dan juga bagi membantu pengeluaran susu yang berterusan.
Produk shaklee menyediakan set yang lengkap untuk ibu-ibu selepas bersalin.

(Diambil dari Harian Metro)

 Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Aiza:
H/P no: 0196536224
ID Shaklee: 907642

Mahu menjadi JUTAWAN DUNIA AKHIRAT. REALISASIKAN IMPIAN ANDA.
JOM MULAKAN, ANDA TIDAK PERNAH TERLAMBAT!

Doa Murah Rezeki

Saya ingin berkongsi ayat Allah yang boleh dijadikan amalan murah rezeki. Banyak amalan yang ada dan ini adalah salah satu darinya.

Wednesday, October 1, 2014

Gula berlebihan dalam darah bahayakan organ lain.

Disiplin yang lemah oleh pesakit kencing manis untuk mengawal gula dalam darah akan menyebabkan kandungan gula menjadi tinggi. Keadaan ini dipanggil hyperglycaemia. Kandungan gula yang tinggi boleh memudaratkan organ badan dan menimbulkan komplikasi lain yang sangat bahaya.
Bagi pesakit yang disahkan menghidap kencing manis, beberapa jenis ubat diberi, sama ada yang perlu dimakan atau melalui suntikan, untuk mengawal paras gula dalam badan.
Selain itu, mereka dinasihatkan mengawasi gaya hidup iaitu mengubah cara pemakanan serta rajin bersenam. Makanan mengandungi kanji seperti nasi dan pelbagai jenis mi hendaklah dikurangkan, begitu juga penggunaan susu pekat serta gula dalam minuman.

Apabila pesakit kencing manis gagal mengawal nafsu makan dan tidak mematuhi arahan doktor untuk mengambil ubat pada masa ditetapkan, kandungan gula dalam darah akan terus meningkat. Biasanya pesakit mengalami simptom kerap membuang air kecil, terutama pada waktu malam.

  

Mereka kerap dahaga atau nafsu makan meningkat. Penglihatan kabur, berat badan susut, luka lambat sembuh dan cepat letih juga antara simptom gula tinggi dalam badan.
Yang merisaukan ialah, paras gula kekal tinggi akan menyebabkan berlakunya sawan, serangan jantung dan akhirnya koma.

Keadaan ini berlaku disebabkan pengumpulan asid dalam badan meningkat kerana gula tinggi dan paras insulin rendah dan ia dipanggil ketoacidosis.

Awalnya, simptom ketoasidosis ialah loya, muntah, sangat dahaga, peningkatan jumlah air kencing, sakit perut dan nafas menjadi laju serta sesak. Jika dibiarkan, ia menyebabkan pesakit mula menjadi keliru, pitam dan akhirnya koma.

Jika ketoasidosis berlaku, rawatan kecemasan perlu diberikan. Ubat suntikan kencing manis dan cecair intravena perlu diberi untuk menurunkan paras gula dan paras asid dengan segera.

Beberapa ujian darah perlu dijalankan selain pemeriksaan jantung. Ini untuk melihat keadaan organ badan lain sama ada masih berfungsi dengan baik atau tidak, selain mengenal pasti tahap asid dalam badan.

Pengambilan suplimen yang sesuai sangat diperlukan bagi mengurangkan tahap gula dalam darah.

Bagaimana suplimen Shaklee boleh membantu.

VIVIX


Terkandung satu ramuan yang dikenali sebagai resveratrol yang bersifat anti oksida, anti infammation, dan anti kanser.
Resveratrol dapat membantu meningkatkan sensitivi tubuh terhadap hormon insulin. Ini dapat membantu mengurangkan amount insulin yang diperlukan untuk mengawal aras gula di dalam darah Resveratrol membantu mengaktifkan enzim SIRT1 yang bertanggungjawab membantu dalam rembesan hormon insulin dan meningkatkan tahap sensivitinya.

ESP
❀ Mengandungi indeks glisemik yang rendah
❀ Membantu memberikan tenaga
 Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Aiza:
H/P no: 0196536224
ID Shaklee: 907642

Mahu menjadi JUTAWAN DUNIA AKHIRAT. REALISASIKAN IMPIAN ANDA.
JOM MULAKAN, ANDA TIDAK PERNAH TERLAMBAT!