Wednesday, October 1, 2014

Gula berlebihan dalam darah bahayakan organ lain.

Disiplin yang lemah oleh pesakit kencing manis untuk mengawal gula dalam darah akan menyebabkan kandungan gula menjadi tinggi. Keadaan ini dipanggil hyperglycaemia. Kandungan gula yang tinggi boleh memudaratkan organ badan dan menimbulkan komplikasi lain yang sangat bahaya.
Bagi pesakit yang disahkan menghidap kencing manis, beberapa jenis ubat diberi, sama ada yang perlu dimakan atau melalui suntikan, untuk mengawal paras gula dalam badan.
Selain itu, mereka dinasihatkan mengawasi gaya hidup iaitu mengubah cara pemakanan serta rajin bersenam. Makanan mengandungi kanji seperti nasi dan pelbagai jenis mi hendaklah dikurangkan, begitu juga penggunaan susu pekat serta gula dalam minuman.

Apabila pesakit kencing manis gagal mengawal nafsu makan dan tidak mematuhi arahan doktor untuk mengambil ubat pada masa ditetapkan, kandungan gula dalam darah akan terus meningkat. Biasanya pesakit mengalami simptom kerap membuang air kecil, terutama pada waktu malam.

  

Mereka kerap dahaga atau nafsu makan meningkat. Penglihatan kabur, berat badan susut, luka lambat sembuh dan cepat letih juga antara simptom gula tinggi dalam badan.
Yang merisaukan ialah, paras gula kekal tinggi akan menyebabkan berlakunya sawan, serangan jantung dan akhirnya koma.

Keadaan ini berlaku disebabkan pengumpulan asid dalam badan meningkat kerana gula tinggi dan paras insulin rendah dan ia dipanggil ketoacidosis.

Awalnya, simptom ketoasidosis ialah loya, muntah, sangat dahaga, peningkatan jumlah air kencing, sakit perut dan nafas menjadi laju serta sesak. Jika dibiarkan, ia menyebabkan pesakit mula menjadi keliru, pitam dan akhirnya koma.

Jika ketoasidosis berlaku, rawatan kecemasan perlu diberikan. Ubat suntikan kencing manis dan cecair intravena perlu diberi untuk menurunkan paras gula dan paras asid dengan segera.

Beberapa ujian darah perlu dijalankan selain pemeriksaan jantung. Ini untuk melihat keadaan organ badan lain sama ada masih berfungsi dengan baik atau tidak, selain mengenal pasti tahap asid dalam badan.

Pengambilan suplimen yang sesuai sangat diperlukan bagi mengurangkan tahap gula dalam darah.

Bagaimana suplimen Shaklee boleh membantu.

VIVIX


Terkandung satu ramuan yang dikenali sebagai resveratrol yang bersifat anti oksida, anti infammation, dan anti kanser.
Resveratrol dapat membantu meningkatkan sensitivi tubuh terhadap hormon insulin. Ini dapat membantu mengurangkan amount insulin yang diperlukan untuk mengawal aras gula di dalam darah Resveratrol membantu mengaktifkan enzim SIRT1 yang bertanggungjawab membantu dalam rembesan hormon insulin dan meningkatkan tahap sensivitinya.

ESP
❀ Mengandungi indeks glisemik yang rendah
❀ Membantu memberikan tenaga
 Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Aiza:
H/P no: 0196536224
ID Shaklee: 907642

Mahu menjadi JUTAWAN DUNIA AKHIRAT. REALISASIKAN IMPIAN ANDA.
JOM MULAKAN, ANDA TIDAK PERNAH TERLAMBAT!

No comments:

Post a Comment